Berkahwin dengan orang yang kita cinta merupakan impian. Berkahwin dengan orang yang tak dijangka itu dipanggil jodoh.

My soul

My soul

Sunday, December 06, 2015

Mengata orang

Assalamualaikum

Selamat petang semua pembaca setia.  Moga semua dalam keadaan yang baik sahaja.

Hari ini saya diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan sedikit masa meng-update ruangan blog kesayangan saya.  Terdetiknya hati untuk berkongsi cerita atau situasi yang saya sendiri hadapi. Kenapa tajuk post saya hari ini "Mengata orang"? Hal ini kerana saya ditampar dgn satu ujian yang cukup besar bagi saya kerana manusia sekarang terlalu memandai-mandai untuk mengata kehidupan orang.

Dunia sekarang terlalu moden dgn teknologi tinggi atau laman sosial.  Cukup dgn laman Facebook atau Twitter, kita sudah boleh tahu perkembangan dunia tetapi silapnya manusia zaman sekarang apabila mereka menyalahgunakan teknologi terkini.

Bukan saya tak tahu, ada juga yang mengata belakang saya. Di depan baik, di belakang kita, macam-macam cerita buruk yang saya dengar. Subhannallah! Moga saya tabah hadapi ujian ini. Cuma saya ingin menekankan kepada semua kenalan saya, saya berkawan tak pernah cari musuh atau bermusuh dengan sesiapa pon. Saya tak pernah ganggu kehidupan orang, maka minta tolong sangat jangan masuk campur urusan kehidupan saya.

Setiap apa yang diperkatakan tentang saya, adalah dusta semata-mata.  Saya tak tahu siapa yang bawa mulut atau bercerita buruk belakang saya dan saya tak tahu mengapa "orang tersebut" perlu berbuat demikian kepada saya. Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua kenalan saya jika saya ada melukakan hati mana-mana pihak secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Saya mohon maaf atas semuanya. Saya memohon kpd "orang tersebut", berhentilah dari mengata orang/membawa mulut yang bukan-bukan, sekiranya benda itu tidak benar akan menjadi fitnah. Saya pasti ramai yang tahu, apa hukumnya memfitnah orang, walhal semua pasti tahu jika kita membawa mulut tentang seseorang juga sudah berdosa hukumnya.

Tergeraknya hati saya untuk menulis coretan ini dalam ruangan blog saya sendiri, kerana saya sudah merasa saya harus menegakkan kebenaran. Jika anda tidak mengenali saya, jangan terlalu memandai untuk judge kehidupan saya, sebaiknya bertanya sendiri kebenarannya pada saya, itu lebih baik. Sedangkan kalau kita dengar dari mulut orang pon, belum tentu kesahihannya.

Ustaz Haron Din ada berpesan, "Dengki dengan seseorang atau kawan kita sendiri, burukkan dia dekat orang lain, esok lusa dekat Akhirat merangkak bawah panas terik kita cari balik orang itu. Berat Azab" Maka pengajarannya, jangan main-main dengan azab Allah swt.



Di dunia kita menang, di Akhirat belum tentu menang, itu sahaja yang nak pesan kepada semua kenalan saya. Kerana kita tak ada hak untuk tutup mulut manusia tetapi sebagai saudara sesama islam, kita boleh saling mengingati antara satu sama lain.

Saya tak marah pada sesiapa yang bercerita buruk belakang saya, saya cuma kecewa kerana saya tak pernah ganggu kehidupan orang tersebut. Saya memohon maaf kepada semua pihak. Berhentilah bercerita yang bukan-bukan mengenai saya. Anda yang mendapat dosa, saya yang akan dapat pahala jika anda terus berbuat demikian. Jangan menilai orang dari luaran, jangan menilai orang dari mulut orang lain, tetapi nilailah seseorang dari hatinya, budi pekertinya.

Saya berharap anda semua memahami saya.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mengingati saya dan menyokong saya saat jatuh bangun saya sebagai hamba Allah swt yang tidak lari dari kesilapan. Yang baik datang dari sang pencipta, Allah swt, yang kurang baik mungkin datang dari kekurangan diri saya. Saya mohon semua halalkan setiap bual bicara saya, semua kata-kata saya. Saya mohon maaf jika ada menguris hati mana-mana pihak. Ada masa, saya meng-update lagi ruangan blog saya.

In shaa Allah, moga Allah swt merahmati dan memberkati anda semua.

Sentiasalah berfikiran terbuka, In shaa Allah akan mudah jalannya.



Thanks for reading Sayang :)

Sunday, October 04, 2015

Mengapa

Assalamualaikum

Selamat petang pembaca yg setia, semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan sekali lagi untuk meng-update ruangan blog kesayangan saya. Terbukanya pintu hati hari ini untuk menjawab semua persoalan yg tersirat mahupun tersurat. Ramai yang bertanya,..

Q: Mengapa orang seperti saya tak ada teman lelaki mahupun kekasih hati?
A: Kerana belum sampai masanya. Tidak semestinya orang yg cantik akan ada teman lelaki *cehh perasan plk kita nie* dan tidak semestinya juga orang yg tak cantik tak ada teman lelaki. Kita lahir di dunia ini, Allah swt telah tetapkan siapa pasangan kita, siapa Adam kita, siapa Hawa kita. Saya percaya dgn janji Allah swt. Jika sudah sampai masanya, bukan setakat teman lelaki, bakal suami terus Allah swt kurniakan. Maka bersabarlah, Terpulang pada sesiapa ingin percaya ataupun tidak, memang saya lebih selesa membujang buat masa sekarang nie. Dgn semua orang saya berkawan sbb saya seorang yg suka berkawan.

Q: Mengapa saya minat bidang permotoran? Betul ke kereta Honda tu saya pemiliknya?
A: Ya, kereta honda tu saya pemiliknya. Bukan teman lelaki punya, bukan suami punya *bila masa plk aku berkahwin* kereta tu aset saya, kereta tu juga la peneman saya. Saya minat bidang permotoran mungkin sebab darah yang mengalir dalam tubuh badan saya, kerana mama papa saya juga seorang yang minat bidang permotoran. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan *like father like son, like mother like daugther*

Q: Mengapa saya seorang yang sombong?
A: Saya bukan seorang yang sombong, cuma bagi sesiapa yang tak kenal saya mungkin akan cakap saya sombong tapi hakikat sebenarnya tidak. Orang yg kenal saya akan tahu saya mcm mana. Dan untuk seorang wanita, saya rasa sikap jual mahal itu perlu ada, dan ia semula jadi.

Q: Mengapa kawan lelaki saya lebih ramai daripada kawan perempuan?
A: Kerana secara jujurnya saya kurang suka berkawan dgn perempuan, *bkn pengkid ok* diri saya lebih selesa berkawan dgn lelaki, dan ini diri saya. Saya bukan tak ada langsung kwn perempuan, cuma kwn perempuan yang saya ada boleh kira. Tetapi tak bermakna juga saya nie playgirl. Cuma saya seorang yang suka berkawan. Berkawan biar ramai, berkasih biar satu. Thats why bila saya bercinta, saya akan setia pada yang satu. Dan itulah diri saya, jgn tanya kenapa.

Q: Mengapa saya seorang yang memilih?
A: Ramai orang cakap saya nie seorang yang sangat memilih dalam memilih pasangan. Ya, saya mmg seorang yang memilih tetapi jangan salah konsep. Saya rasa memilih itu perlu. Semua orang akan memilih siapa yang akan jadi pasangan hidupnya. Bagi seorang wanita pula, pentingnya memilih pasangan hidup kerana kelak orang itu yang akan membimbing dia, orang itu juga yang akan menjadi imam kepada makmumnya kelak. Jadi mengapa harus dipersoalkan? Bagi saya paras rupa dan harta tidak penting. Yang penting, biarlah dia yang tahu hormat orang tua, hormat saya dan tahu agama serta tanggungjawabnya. Itu sudah cukup bagi saya kerana untuk wanita, semua pasti mahukan seseorang yang boleh membimbingnya ke syurga.

Saya berharap saya telah menjawab semua persoalan yang selalu orang persoalkan. Saya memohon maaf jika saya ada menyakitkan hati mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja. Saya seorang manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya tahu ramai yang mengenali diri saya dan saya tak mampu nak tutup mulut orang untuk terus bercakap pasal saya. Cuma saya nak tekankan, jadi manusia tu jangan suka memandai, cukuplah jaga tepi kain sendiri. Orang takkan tahu apa yang kita lalui dan orang takkan faham kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya tersendiri.

Terima kasih juga pada yang sentiasa support saya dan beri semangat kepada saya.
*hmboii mcm retis plk deknon nie*

Ada kesempatan masa, Cik Shin akan update lagi ya, In shaa Allah,..
Thanks for reading Sayang :)

Saturday, August 01, 2015

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum pembaca yang setia

Moga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, hari ini saya ada sedikit keluangan masa untuk meng-update ruangan blog kesayangan. Tak tahu mengapa hari ini perasaan saya agak suram, sunyi, sedih, semuanya ada. Berkenaan saya dengan seorang hamba Allah yang saya cintai seikhlas hati, kini berlalu pergi meninggalkan saya. Tiada lagi senyuman bahagia, tiada lagi gurauan senda, semuanya berlalu pergi dengan begitu cepat.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri di atas sebab-sebab tertentu yang saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk dia. Agak berat juga hati ini untuk melepaskannya tetapi saya tahu dan saya percaya akan janji Allah swt. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Terlalu banyak benda yang saya belajar, pertemuan kami untuk kali nie banyak beri saya pengajaran, dari erti menghargai, menyayangi, dan menghormati. Walaupun sukar untuk saya mengerti apa sebenarnya jalan yang Allah dah susunkan untuk kita sebagai hamba-Nya.

Tipulah kalau hati tak sedih, tak kecewa, tak patah hati. Saya sangat mencintai dirinya setulus hati saya walaupun dia tak pernah tahu perasaan saya sebenarnya. In shaa Allah, jika dengan izinnya, hati ini akan terus mencintai dirinya, sikit pon saya takkan membenci dia mahupun buang dia dari hidup saya. Kini semuanya hanya tinggal kenangan tetapi saya takkan putus doa, jika dia adalah jodoh saya, maka ia tetap akan jadi pemilik tulang rusuk saya. Tetapi jika Allah putuskan ia bukan jodoh saya, saya kena redha dengan ketentuannya. Belajar menerima setiap perancangan Allah mendidik kita menjadi seorang insan yang sangat tabah. Tak percaya? Cubalah,..

Allah swt itu Maha Mengetahui segalanya. Dia akan beri apa yang kita perlu, bukan beri apa yang kita minta. Walaupun bukan mudah untuk menerima, walaupun hari hari rasa nak menangis, walaupun hari hari rasa nak peluk bantal tak nak bangun dari tidur, hari hari yang mendatang tetap kena teruskan. Sampai bila nak bersedih? Tanya hati. tetapkan dalam hati untuk berfikiran terbuka, sentiasa berfikiran positif, in shaa Allah akan mudah jalannya.

Kalau nak cerita sedih, hari hari tgk handphone, senyap je, tiada lagi mesej dari dia, tiada lagi panggilan dari dia. Bila buka whatsapp, muncung je mulut ermmm takde mesej dari dia, lagilah sedih bila fikir itu ini. Rindu teramat sangat tetapi apa boleh buat? Banyakkan bersabar, muhasabah diri, perbaiki diri ke arah yang lebih baik,.. Mohon agar semuanya dipermudahkan buat kita semua.

Amin ya rabb,..

Yang amat merinduimu, BZ

In shaa Allah, jika diberi keizinan, Cik Shin akan update lagi ya.

Bersambung,..
Thanks for reading Sayang :)

Sunday, July 05, 2015

Indahnya jalan Allah swt

Asssalamualaikum pembaca yang setia

Hye apa khabar semua? Moga semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Hari ini tergeraknya hati untuk meng-update dan share satu cerita yang Cik Shin rasa "indah" untuk dikongsi bersama. Di mana satu pertemuan yang cukup indah dan saya rasa ia banyak merubah hidup saya, banyak memberi saya pengajaran dan mengajar saya erti menghargai seseorang.

Cerita bermula di mana pertemuan saya dan seorang hamba Allah ini, pertemuan tanpa dirancang mahupun direka semata-mata *cewahh ayat* Pertemuan pertama kami bermula semasa saya pertama kali menyertai kelab permotoran Team Honda ES Malaysia. Sejak drpd hari bersejarah itu, kami mula ligat berhubung melalui laman facebook, dan seterusnya berhubung melalui telefon bimbit. Kami hanya kenal dlm masa 3 hari dan perasaan mula berputik antara dua belah pihak. Pertemuan yang kami sendiri tak pernah jangka. Tetapi masa itu keadaan saya tidak mengizinkan untuk menerima cinta dia (ada sebab-sebab tertentu) walaupun sejujurnya ketika itu saya sudah mula menyayangi diri dia. Dan yang paling saya rasa menyesal, saya tak pernah luahkan pada dia yang saya sebenarnya sayang pada dia.

Sampai satu tahap, hubungan kami diuji. Dia mengambil keputusan untuk pergi dari hidup saya secara senyap, tanpa berkata apapun. Sebenarnya hati ini agak sedih juga kerana dia pergi tanpa khabar berita (walaupun kami dalam satu group kereta yang sama), dan saya bukan jenis yang berani untuk meluahkan perasaan saya sendiri, saya biarkan dia pergi sehingga satu tahap saya ternampak sesuata yang saya tak nak rasa (perasaan yang saya rasa sakit sgt) *biarlah rahsia* sejak drpd hari tu, saya tanam dalam jiwa saya bahawa mungkin dia sudah bahagia, saya kuatkan semangat saya (walaupun hakikatnya hari-hari rasa nak menangis).

Alhamdulillah, Allah swt itu Maha Berkuasa. Dia kuatkan semangat saya untuk terus melangkah kehadapan. Setiap hari saya berdoa agar Allah swt bukakan semula hatinya untuk saya, pertemukan semula kami berdua. Berkat kesabaran dan kekuatan doa, Alhamdulillah kami dipertemukan semula setelah setahun berpisah. Indahnya sebuah pertemuan yang rasanya kami berdua tertunggu-tunggu (walaupun dua-dua tak berani nak luahkan perasaan masing-masing). Rasa syukur tu Allah je yang tahu, kerana doa dimakbulkan. Peringkat awal pertemuan, dia seperti jual mahal dgn saya tapi benda tu tidak melemahkan semangat saya untuk terus berusaha. Sehingga satu tahap, Allah tingkatkan keberanian saya untuk meluahkan perasaan saya. Kenapa kita nak malu perigi cari timba jika kita tahu kita berada dijalan yang benar? In shaa Allah,.. doalah yang baik-baik, maka baik la yang akan kita dapat. Perasaan kami berputik semula *hati melonjak gembira* dan perasaan itu semakin kuat hari demi hari. Tetapi saya tahu setiap yang indah pasti ada pahitnya juga. begitu juga setiap yang pahit pada awalnya, akan indah dipengakhirannya.

Hubungan kami diuji semula tetapi saya tahu ada hikmah disebalik yang terjadi, ada sebab mengapa kami dipertemukan semula. Sama ada untuk pengajaran ataupun mengajar. Setiap hari tak pernah putus doa semoga kami diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaan dari Allah swt. Setiap perancangan Allah adalah yang terbaik. Maka bersabarlah,..

Saya rasa cukup sampai sini saya berkongsi cerita indah.
In shaa Allah jika diberi keizinan, Cik Shin akan update lagi ya.

Bersambung,..
Thanks for reading Sayang :)

Sunday, February 15, 2015

Kembali 2015

Assalamualaikum to all my muslim reader

Holla to all non-muslim reader and my beloved stalker.
Cik Shin tanya apa kaba semua? How are you? Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yg baik.

Rasanya ada 2tahun Cik Shin tinggalkan laman blogger, sampai dah bersawang sawang, semua jenis sarang lelabah dah ada. Arghhhh.. (tarik nafas)

Akhirnya hari nie Cik Shin berjaya melangkah masuk semula ke laman blogger, utk kali pertama pd tahun 2015. Cik Shin minta maaf sgt kerana sudah terlalu lama menghilang. Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang utk bernafas dan berpeluang utk meng-update blog yg da lama menyepi.. Ermm saya tahu ramai yg tertunggu-tunggu utk saya update cerita baru..

So hari nie saya kembali bercakap sorg sorg smbil jari jemari bergerak pantas utk menaip ape yang tersirat dan tersurat dalam hati yang berbicara. Sejujurnya terlalu banyak ujian dan dugaan yang saya tempuh sepanjang saya mendiamkan diri di laman blogger.. Ujian tak henti-henti, lepas satu satu datang. Tetapi.. saya bersyukur kerana mungkin saya sudah dilahirkan utk menjadi seorang wanita yang sgt tabah dan cekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Alhamdulillah.. masih ingat lagi, dulu dulu papa Cik Shin pernah berpesan "Perjalanan awk masih jauh.. byk dugaan awk akan tempuh, byk ujian awk akan lalui, ramai org yg awk akan kenal dan macam macam ragam manusia awk akan tahu" 

Allahuakbar.. baru kini saya mengerti pahit manisnya sebuah kehidupan. Kalau dulu masa kita kecik kecik, tak fikir apa, semuanya indah dimata tetapi hakikatnya, kehidupan nie tak seindah yang disangka. Tetapi Cik Shin percaya, Allah takkan menguji diluar kemampuan hamba-Nya.. Allah turunkan dugaan kerana nak menguji keimanan kita (think positive) kerana pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. cuma kita sebagai manusia kena banyakkan bersabar dan berdoa, dan disebaliknya usaha perlu ada.

Selama 2tahun nie, macam macam perangai lelaki yg Cik Shin kenal.. hati dan perasaan Cik Shin dipermainkan satu per satu datang dan pergi.. sampai kan tahap kami dah nak mendirikan masjid tetapi tak menjadi, hanya kerana sikap lelaki yang tidak ada kejujuran dan kesetiaan dlm perhubungan. Allahuakbar.. hati dan perasaan nie bagaikan ditusuk dicincang smpai hancur, hari hari airmata yang menemani, mandi tak basah tidur tak lena. Kecewa kerana terlalu celik tetapi buta. Namun, saya bersyukur kerana Allah cekalkan hati saya untuk terus bangun dan lalui hari hari yang mendatang dgn tabah.. satu pengajaran yg saya belajar, apa pon yang terjadi, belajarlah utk memaafkan walaupun hati kita pedih dan sakit.. lagi indah sekiranya kita memaafkan orang orang yg menyakiti kita.. kerana dunia nie bulat, kita setiap manusia akan merasai benda yang sama, cuma lambat atau cepat itu Allah dah tentukan. so kenapa kita perlu bersedih? Ingatlah, kita masih ada Allah yg sentiasa mendengar rintihan kita, minta dan berdoalah pada-Nya.. kita masih ada keluarga, ibu ayah, adik beradik dan kawan kawan yg sentiasa berada disamping kita. So tak perlulah bersedih utk mereka yang tak menghargai kita.. fikir fikir dan renung-renungkan bersama.

Alhamdulillah.. kerana setiap ujian membuatkan diri kita lebih matang. Tiada ujian dlm kehidupan pon tak best juga, flat je rasa kehidupan tu nanti, takde naik turunnya. Haiihh indahnya perancangan Allah nie kan.. saya berharap kawan kawan dan semua kenalan saya sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan masing-masing. banyakkan fikir positif, ada sebab kenapa semuanya terjadi.. buang yang keruh, ambil yang jernih..

Yang baik, kita ambil, yang tak baik, kita buang jauh jauh ketepi.

Cik Shin rasa cukup sampai sini sahaja coretan saya utk hari nie.. 
In shaa Allah, jika diizinkan, hati saya akan berbicara lagi dalam blogger nie ya..

Selamat berazam baru 2015 :)
Thanks for reading Sayang :)