Berkahwin dengan orang yang kita cinta merupakan impian. Berkahwin dengan orang yang tak dijangka itu dipanggil jodoh.

My soul

My soul

Monday, February 08, 2016

Your bigday

Assalamualaikum

Apa kaba semua pembaca setia?

Saya doakan semoga anda semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Hari ini terdetiknya hati saya untuk mencoretkan satu kisah yang saya rasa baik untuk renungan dan teladan semua. Semua kisah bermula sejak saya di zaman sekolah, di mana saya bertemu dgn bekas cinta hati saya yang dikenali sebagai "MS" kami bercinta hampir 3tahun lebih tetapi percintaan kami terputus di tengah jalan. Kalau anda semua mengikuti perkembangan blog saya dari awal, dahulu blog ini saya khaskan untuk saya dan juga si dia ats nama "shanizawin"

Selama saya dengan dia, banyak erti kehidupan yang saya belajar. Dan Allah swt tak pernah berhenti menguji saya dengan pelbagai dugaan. Namun saya ambil ia sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup saya. Perhubungan ini juga buat saya tersedar bahawa sejauh mana sekalipun kita mencintai seseorang itu, jika bukan yang ditetapkan untuk kita, tetap tak akan jadi milik kita.

Maka, bagi yang sedang sarat bercinta diluar sana, janganlah terlalu "obses" dalam bercinta. Jangan terlalu mencintai dan jangan terlalu meletakkan pengharapan kepada manusia kerana kelak kita yang akan kecewa. Meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia, tak akan menjamin segalanya, namun letakkan harapan yang tinggi kepada sang pencipta, Allah swt itu lebih baik kerana dia yang Maha Mengetahui segalanya dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Saya pernah hadapi perasaan yang sangat kecewa, namun saya ambil ia dari sudut positif di mana segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk saya. Sesuatu takkan terjadi tanpa sebab, pasti ada hikmah disebaliknya. Sehingga sekarang walaupun saya single, tiada kekasih atau cinta hati yang boleh dating sana sini, saya tak rasa sedih. Malahan saya bersyukur kerana saya berjaya terhindar dari dosa "bercouple" dan saat ini Allah swt menjadikan hati saya sungguh tenang, indahnya perancangan Allah swt, saya tak pernah berhenti meletakkan pengharapan kpd Allah swt kerana saya tahu ini jalan yang terbaik untuk saya.

Semalam jatuhnya tarikh 7 Februari 2016 adalah di mana hari perkahwinan MS dan juga pasangannya. Mereka telah bernikah pada 6 Februari 2016 dan pangkal enam ini juga mengingatkan saya di mana itu adalah tarikh kami "declare" sebagai pasangan kekasih. Indahnya perancangan Allah swt. untuk saya. Walaupun disudut hati saya yang paling dalam, tercalit rasa sedih tetapi saya gembira untuk dia. Dan walaupun kami tak dijodohkan bersama, saya tetap akan bahagia bila melihat dia bahagia. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk MS, semoga dia boleh menjadi seorang suami dan imam yang baik kepada isteri dan anak-anaknya kelak.


Saya dan keluarga telah diundang ke majlis perkahwinannya semalam. Dan saya kuatkan hati saya untuk hadir di majlis perkahwinannya. Ya memang saya tabah! Saya seorang wanita yang dikurniakan dengan sifat yang sangat tabah. Dan inilah potret perkahwinannya semalam. 

Bagi saya, walaupon sejahat mana seseorang itu kepada kita, dia tetap manusia. Biarlah orang nak jahat dengan saya tetapi saya takkan sesekali jahat dengan orang. Sikap saling membalas itu tak perlu ada dalam hati seorang manusia. Jadi kenapa perlu bermusuh? Semuanya Allah swt susun cantik untuk kita, cuma manusia buta tak pernah nampak.

Walau apa pun yang terjadi, Alhamdulillah syukur yang mampu terucap dibibir saya.  Bercintalah bagai nak rak pon, kalau bukan ditetapkan untuk kita, tetap bukan untuk kita. Jadi saya nasihatkan anda semua, kalau boleh tak perlulah bercinta, cukuplah dengan sebuah perkenalan, diikatkan dengan tali pertunangan dan seterusnya di ijab qabul dengan pernikahan. Kerana syaitan selalu ada untuk menyesatkan umat Adam, maka benda baik jangan diperlambatkan malah harus dipermudahkan dengan cara islam. Maka jadikan doa sebagai senjata semoga semuanya dipermudahkan untuk kita semua.

Moga coretan saya ini memberikan teladan dan pengajaran kepada semua. Yang buruknya datang dari kelemahan diri saya, yang baik datangnya dari Allah swt. Saya memohon maaf sekiranya coretan saya ini ada tersentuh hati mana-mana pihak, niat saya cuma untuk berkongsi apa yang saya pernah lalui dalam kehidupan kita sebagai hambaNya.

Semoga anda semua dalam lindungan dan diberkati Allah swt.

Jika diizinkan, In shaa Allah saya akan update lagi blog kesayangan saya. 


Thanks for reading Sayang :)

Sunday, December 06, 2015

Mengata orang

Assalamualaikum

Selamat petang semua pembaca setia.  Moga semua dalam keadaan yang baik sahaja.

Hari ini saya diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan sedikit masa meng-update ruangan blog kesayangan saya.  Terdetiknya hati untuk berkongsi cerita atau situasi yang saya sendiri hadapi. Kenapa tajuk post saya hari ini "Mengata orang"? Hal ini kerana saya ditampar dgn satu ujian yang cukup besar bagi saya kerana manusia sekarang terlalu memandai-mandai untuk mengata kehidupan orang.

Dunia sekarang terlalu moden dgn teknologi tinggi atau laman sosial.  Cukup dgn laman Facebook atau Twitter, kita sudah boleh tahu perkembangan dunia tetapi silapnya manusia zaman sekarang apabila mereka menyalahgunakan teknologi terkini.

Bukan saya tak tahu, ada juga yang mengata belakang saya. Di depan baik, di belakang kita, macam-macam cerita buruk yang saya dengar. Subhannallah! Moga saya tabah hadapi ujian ini. Cuma saya ingin menekankan kepada semua kenalan saya, saya berkawan tak pernah cari musuh atau bermusuh dengan sesiapa pon. Saya tak pernah ganggu kehidupan orang, maka minta tolong sangat jangan masuk campur urusan kehidupan saya.

Setiap apa yang diperkatakan tentang saya, adalah dusta semata-mata.  Saya tak tahu siapa yang bawa mulut atau bercerita buruk belakang saya dan saya tak tahu mengapa "orang tersebut" perlu berbuat demikian kepada saya. Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua kenalan saya jika saya ada melukakan hati mana-mana pihak secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Saya mohon maaf atas semuanya. Saya memohon kpd "orang tersebut", berhentilah dari mengata orang/membawa mulut yang bukan-bukan, sekiranya benda itu tidak benar akan menjadi fitnah. Saya pasti ramai yang tahu, apa hukumnya memfitnah orang, walhal semua pasti tahu jika kita membawa mulut tentang seseorang juga sudah berdosa hukumnya.

Tergeraknya hati saya untuk menulis coretan ini dalam ruangan blog saya sendiri, kerana saya sudah merasa saya harus menegakkan kebenaran. Jika anda tidak mengenali saya, jangan terlalu memandai untuk judge kehidupan saya, sebaiknya bertanya sendiri kebenarannya pada saya, itu lebih baik. Sedangkan kalau kita dengar dari mulut orang pon, belum tentu kesahihannya.

Ustaz Haron Din ada berpesan, "Dengki dengan seseorang atau kawan kita sendiri, burukkan dia dekat orang lain, esok lusa dekat Akhirat merangkak bawah panas terik kita cari balik orang itu. Berat Azab" Maka pengajarannya, jangan main-main dengan azab Allah swt.



Di dunia kita menang, di Akhirat belum tentu menang, itu sahaja yang nak pesan kepada semua kenalan saya. Kerana kita tak ada hak untuk tutup mulut manusia tetapi sebagai saudara sesama islam, kita boleh saling mengingati antara satu sama lain.

Saya tak marah pada sesiapa yang bercerita buruk belakang saya, saya cuma kecewa kerana saya tak pernah ganggu kehidupan orang tersebut. Saya memohon maaf kepada semua pihak. Berhentilah bercerita yang bukan-bukan mengenai saya. Anda yang mendapat dosa, saya yang akan dapat pahala jika anda terus berbuat demikian. Jangan menilai orang dari luaran, jangan menilai orang dari mulut orang lain, tetapi nilailah seseorang dari hatinya, budi pekertinya.

Saya berharap anda semua memahami saya.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mengingati saya dan menyokong saya saat jatuh bangun saya sebagai hamba Allah swt yang tidak lari dari kesilapan. Yang baik datang dari sang pencipta, Allah swt, yang kurang baik mungkin datang dari kekurangan diri saya. Saya mohon semua halalkan setiap bual bicara saya, semua kata-kata saya. Saya mohon maaf jika ada menguris hati mana-mana pihak. Ada masa, saya meng-update lagi ruangan blog saya.

In shaa Allah, moga Allah swt merahmati dan memberkati anda semua.

Sentiasalah berfikiran terbuka, In shaa Allah akan mudah jalannya.



Thanks for reading Sayang :)

Sunday, October 04, 2015

Mengapa

Assalamualaikum

Selamat petang pembaca yg setia, semoga semua dalam keadaan baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan sekali lagi untuk meng-update ruangan blog kesayangan saya. Terbukanya pintu hati hari ini untuk menjawab semua persoalan yg tersirat mahupun tersurat. Ramai yang bertanya,..

Q: Mengapa orang seperti saya tak ada teman lelaki mahupun kekasih hati?
A: Kerana belum sampai masanya. Tidak semestinya orang yg cantik akan ada teman lelaki *cehh perasan plk kita nie* dan tidak semestinya juga orang yg tak cantik tak ada teman lelaki. Kita lahir di dunia ini, Allah swt telah tetapkan siapa pasangan kita, siapa Adam kita, siapa Hawa kita. Saya percaya dgn janji Allah swt. Jika sudah sampai masanya, bukan setakat teman lelaki, bakal suami terus Allah swt kurniakan. Maka bersabarlah, Terpulang pada sesiapa ingin percaya ataupun tidak, memang saya lebih selesa membujang buat masa sekarang nie. Dgn semua orang saya berkawan sbb saya seorang yg suka berkawan.

Q: Mengapa saya minat bidang permotoran? Betul ke kereta Honda tu saya pemiliknya?
A: Ya, kereta honda tu saya pemiliknya. Bukan teman lelaki punya, bukan suami punya *bila masa plk aku berkahwin* kereta tu aset saya, kereta tu juga la peneman saya. Saya minat bidang permotoran mungkin sebab darah yang mengalir dalam tubuh badan saya, kerana mama papa saya juga seorang yang minat bidang permotoran. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan *like father like son, like mother like daugther*

Q: Mengapa saya seorang yang sombong?
A: Saya bukan seorang yang sombong, cuma bagi sesiapa yang tak kenal saya mungkin akan cakap saya sombong tapi hakikat sebenarnya tidak. Orang yg kenal saya akan tahu saya mcm mana. Dan untuk seorang wanita, saya rasa sikap jual mahal itu perlu ada, dan ia semula jadi.

Q: Mengapa kawan lelaki saya lebih ramai daripada kawan perempuan?
A: Kerana secara jujurnya saya kurang suka berkawan dgn perempuan, *bkn pengkid ok* diri saya lebih selesa berkawan dgn lelaki, dan ini diri saya. Saya bukan tak ada langsung kwn perempuan, cuma kwn perempuan yang saya ada boleh kira. Tetapi tak bermakna juga saya nie playgirl. Cuma saya seorang yang suka berkawan. Berkawan biar ramai, berkasih biar satu. Thats why bila saya bercinta, saya akan setia pada yang satu. Dan itulah diri saya, jgn tanya kenapa.

Q: Mengapa saya seorang yang memilih?
A: Ramai orang cakap saya nie seorang yang sangat memilih dalam memilih pasangan. Ya, saya mmg seorang yang memilih tetapi jangan salah konsep. Saya rasa memilih itu perlu. Semua orang akan memilih siapa yang akan jadi pasangan hidupnya. Bagi seorang wanita pula, pentingnya memilih pasangan hidup kerana kelak orang itu yang akan membimbing dia, orang itu juga yang akan menjadi imam kepada makmumnya kelak. Jadi mengapa harus dipersoalkan? Bagi saya paras rupa dan harta tidak penting. Yang penting, biarlah dia yang tahu hormat orang tua, hormat saya dan tahu agama serta tanggungjawabnya. Itu sudah cukup bagi saya kerana untuk wanita, semua pasti mahukan seseorang yang boleh membimbingnya ke syurga.

Saya berharap saya telah menjawab semua persoalan yang selalu orang persoalkan. Saya memohon maaf jika saya ada menyakitkan hati mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja. Saya seorang manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya tahu ramai yang mengenali diri saya dan saya tak mampu nak tutup mulut orang untuk terus bercakap pasal saya. Cuma saya nak tekankan, jadi manusia tu jangan suka memandai, cukuplah jaga tepi kain sendiri. Orang takkan tahu apa yang kita lalui dan orang takkan faham kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya tersendiri.

Terima kasih juga pada yang sentiasa support saya dan beri semangat kepada saya.
*hmboii mcm retis plk deknon nie*

Ada kesempatan masa, Cik Shin akan update lagi ya, In shaa Allah,..
Thanks for reading Sayang :)

Saturday, August 01, 2015

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum pembaca yang setia

Moga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, hari ini saya ada sedikit keluangan masa untuk meng-update ruangan blog kesayangan. Tak tahu mengapa hari ini perasaan saya agak suram, sunyi, sedih, semuanya ada. Berkenaan saya dengan seorang hamba Allah yang saya cintai seikhlas hati, kini berlalu pergi meninggalkan saya. Tiada lagi senyuman bahagia, tiada lagi gurauan senda, semuanya berlalu pergi dengan begitu cepat.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri di atas sebab-sebab tertentu yang saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk dia. Agak berat juga hati ini untuk melepaskannya tetapi saya tahu dan saya percaya akan janji Allah swt. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Terlalu banyak benda yang saya belajar, pertemuan kami untuk kali nie banyak beri saya pengajaran, dari erti menghargai, menyayangi, dan menghormati. Walaupun sukar untuk saya mengerti apa sebenarnya jalan yang Allah dah susunkan untuk kita sebagai hamba-Nya.

Tipulah kalau hati tak sedih, tak kecewa, tak patah hati. Saya sangat mencintai dirinya setulus hati saya walaupun dia tak pernah tahu perasaan saya sebenarnya. In shaa Allah, jika dengan izinnya, hati ini akan terus mencintai dirinya, sikit pon saya takkan membenci dia mahupun buang dia dari hidup saya. Kini semuanya hanya tinggal kenangan tetapi saya takkan putus doa, jika dia adalah jodoh saya, maka ia tetap akan jadi pemilik tulang rusuk saya. Tetapi jika Allah putuskan ia bukan jodoh saya, saya kena redha dengan ketentuannya. Belajar menerima setiap perancangan Allah mendidik kita menjadi seorang insan yang sangat tabah. Tak percaya? Cubalah,..

Allah swt itu Maha Mengetahui segalanya. Dia akan beri apa yang kita perlu, bukan beri apa yang kita minta. Walaupun bukan mudah untuk menerima, walaupun hari hari rasa nak menangis, walaupun hari hari rasa nak peluk bantal tak nak bangun dari tidur, hari hari yang mendatang tetap kena teruskan. Sampai bila nak bersedih? Tanya hati. tetapkan dalam hati untuk berfikiran terbuka, sentiasa berfikiran positif, in shaa Allah akan mudah jalannya.

Kalau nak cerita sedih, hari hari tgk handphone, senyap je, tiada lagi mesej dari dia, tiada lagi panggilan dari dia. Bila buka whatsapp, muncung je mulut ermmm takde mesej dari dia, lagilah sedih bila fikir itu ini. Rindu teramat sangat tetapi apa boleh buat? Banyakkan bersabar, muhasabah diri, perbaiki diri ke arah yang lebih baik,.. Mohon agar semuanya dipermudahkan buat kita semua.

Amin ya rabb,..

Yang amat merinduimu, BZ

In shaa Allah, jika diberi keizinan, Cik Shin akan update lagi ya.

Bersambung,..
Thanks for reading Sayang :)