Berkahwin dengan orang yang kita cinta merupakan impian. Berkahwin dengan orang yang tak dijangka itu dipanggil jodoh.

My soul

My soul

Sunday, December 06, 2015

Mengata orang

Assalamualaikum

Selamat petang semua pembaca setia.  Moga semua dalam keadaan yang baik sahaja.

Hari ini saya diberi peluang sekali lagi untuk meluangkan sedikit masa meng-update ruangan blog kesayangan saya.  Terdetiknya hati untuk berkongsi cerita atau situasi yang saya sendiri hadapi. Kenapa tajuk post saya hari ini "Mengata orang"? Hal ini kerana saya ditampar dgn satu ujian yang cukup besar bagi saya kerana manusia sekarang terlalu memandai-mandai untuk mengata kehidupan orang.

Dunia sekarang terlalu moden dgn teknologi tinggi atau laman sosial.  Cukup dgn laman Facebook atau Twitter, kita sudah boleh tahu perkembangan dunia tetapi silapnya manusia zaman sekarang apabila mereka menyalahgunakan teknologi terkini.

Bukan saya tak tahu, ada juga yang mengata belakang saya. Di depan baik, di belakang kita, macam-macam cerita buruk yang saya dengar. Subhannallah! Moga saya tabah hadapi ujian ini. Cuma saya ingin menekankan kepada semua kenalan saya, saya berkawan tak pernah cari musuh atau bermusuh dengan sesiapa pon. Saya tak pernah ganggu kehidupan orang, maka minta tolong sangat jangan masuk campur urusan kehidupan saya.

Setiap apa yang diperkatakan tentang saya, adalah dusta semata-mata.  Saya tak tahu siapa yang bawa mulut atau bercerita buruk belakang saya dan saya tak tahu mengapa "orang tersebut" perlu berbuat demikian kepada saya. Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua kenalan saya jika saya ada melukakan hati mana-mana pihak secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Saya mohon maaf atas semuanya. Saya memohon kpd "orang tersebut", berhentilah dari mengata orang/membawa mulut yang bukan-bukan, sekiranya benda itu tidak benar akan menjadi fitnah. Saya pasti ramai yang tahu, apa hukumnya memfitnah orang, walhal semua pasti tahu jika kita membawa mulut tentang seseorang juga sudah berdosa hukumnya.

Tergeraknya hati saya untuk menulis coretan ini dalam ruangan blog saya sendiri, kerana saya sudah merasa saya harus menegakkan kebenaran. Jika anda tidak mengenali saya, jangan terlalu memandai untuk judge kehidupan saya, sebaiknya bertanya sendiri kebenarannya pada saya, itu lebih baik. Sedangkan kalau kita dengar dari mulut orang pon, belum tentu kesahihannya.

Ustaz Haron Din ada berpesan, "Dengki dengan seseorang atau kawan kita sendiri, burukkan dia dekat orang lain, esok lusa dekat Akhirat merangkak bawah panas terik kita cari balik orang itu. Berat Azab" Maka pengajarannya, jangan main-main dengan azab Allah swt.



Di dunia kita menang, di Akhirat belum tentu menang, itu sahaja yang nak pesan kepada semua kenalan saya. Kerana kita tak ada hak untuk tutup mulut manusia tetapi sebagai saudara sesama islam, kita boleh saling mengingati antara satu sama lain.

Saya tak marah pada sesiapa yang bercerita buruk belakang saya, saya cuma kecewa kerana saya tak pernah ganggu kehidupan orang tersebut. Saya memohon maaf kepada semua pihak. Berhentilah bercerita yang bukan-bukan mengenai saya. Anda yang mendapat dosa, saya yang akan dapat pahala jika anda terus berbuat demikian. Jangan menilai orang dari luaran, jangan menilai orang dari mulut orang lain, tetapi nilailah seseorang dari hatinya, budi pekertinya.

Saya berharap anda semua memahami saya.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa mengingati saya dan menyokong saya saat jatuh bangun saya sebagai hamba Allah swt yang tidak lari dari kesilapan. Yang baik datang dari sang pencipta, Allah swt, yang kurang baik mungkin datang dari kekurangan diri saya. Saya mohon semua halalkan setiap bual bicara saya, semua kata-kata saya. Saya mohon maaf jika ada menguris hati mana-mana pihak. Ada masa, saya meng-update lagi ruangan blog saya.

In shaa Allah, moga Allah swt merahmati dan memberkati anda semua.

Sentiasalah berfikiran terbuka, In shaa Allah akan mudah jalannya.



Thanks for reading Sayang :)