Berkahwin dengan orang yang kita cinta merupakan impian. Berkahwin dengan orang yang tak dijangka itu dipanggil jodoh.

My soul

My soul

Monday, February 08, 2016

Your bigday

Assalamualaikum

Apa kaba semua pembaca setia?

Saya doakan semoga anda semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Hari ini terdetiknya hati saya untuk mencoretkan satu kisah yang saya rasa baik untuk renungan dan teladan semua. Semua kisah bermula sejak saya di zaman sekolah, di mana saya bertemu dgn bekas cinta hati saya yang dikenali sebagai "MS" kami bercinta hampir 3tahun lebih tetapi percintaan kami terputus di tengah jalan. Kalau anda semua mengikuti perkembangan blog saya dari awal, dahulu blog ini saya khaskan untuk saya dan juga si dia ats nama "shanizawin"

Selama saya dengan dia, banyak erti kehidupan yang saya belajar. Dan Allah swt tak pernah berhenti menguji saya dengan pelbagai dugaan. Namun saya ambil ia sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup saya. Perhubungan ini juga buat saya tersedar bahawa sejauh mana sekalipun kita mencintai seseorang itu, jika bukan yang ditetapkan untuk kita, tetap tak akan jadi milik kita.

Maka, bagi yang sedang sarat bercinta diluar sana, janganlah terlalu "obses" dalam bercinta. Jangan terlalu mencintai dan jangan terlalu meletakkan pengharapan kepada manusia kerana kelak kita yang akan kecewa. Meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia, tak akan menjamin segalanya, namun letakkan harapan yang tinggi kepada sang pencipta, Allah swt itu lebih baik kerana dia yang Maha Mengetahui segalanya dan Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Saya pernah hadapi perasaan yang sangat kecewa, namun saya ambil ia dari sudut positif di mana segala yang terjadi adalah yang terbaik untuk saya. Sesuatu takkan terjadi tanpa sebab, pasti ada hikmah disebaliknya. Sehingga sekarang walaupun saya single, tiada kekasih atau cinta hati yang boleh dating sana sini, saya tak rasa sedih. Malahan saya bersyukur kerana saya berjaya terhindar dari dosa "bercouple" dan saat ini Allah swt menjadikan hati saya sungguh tenang, indahnya perancangan Allah swt, saya tak pernah berhenti meletakkan pengharapan kpd Allah swt kerana saya tahu ini jalan yang terbaik untuk saya.

Semalam jatuhnya tarikh 7 Februari 2016 adalah di mana hari perkahwinan MS dan juga pasangannya. Mereka telah bernikah pada 6 Februari 2016 dan pangkal enam ini juga mengingatkan saya di mana itu adalah tarikh kami "declare" sebagai pasangan kekasih. Indahnya perancangan Allah swt. untuk saya. Walaupun disudut hati saya yang paling dalam, tercalit rasa sedih tetapi saya gembira untuk dia. Dan walaupun kami tak dijodohkan bersama, saya tetap akan bahagia bila melihat dia bahagia. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk MS, semoga dia boleh menjadi seorang suami dan imam yang baik kepada isteri dan anak-anaknya kelak.


Saya dan keluarga telah diundang ke majlis perkahwinannya semalam. Dan saya kuatkan hati saya untuk hadir di majlis perkahwinannya. Ya memang saya tabah! Saya seorang wanita yang dikurniakan dengan sifat yang sangat tabah. Dan inilah potret perkahwinannya semalam. 

Bagi saya, walaupon sejahat mana seseorang itu kepada kita, dia tetap manusia. Biarlah orang nak jahat dengan saya tetapi saya takkan sesekali jahat dengan orang. Sikap saling membalas itu tak perlu ada dalam hati seorang manusia. Jadi kenapa perlu bermusuh? Semuanya Allah swt susun cantik untuk kita, cuma manusia buta tak pernah nampak.

Walau apa pun yang terjadi, Alhamdulillah syukur yang mampu terucap dibibir saya.  Bercintalah bagai nak rak pon, kalau bukan ditetapkan untuk kita, tetap bukan untuk kita. Jadi saya nasihatkan anda semua, kalau boleh tak perlulah bercinta, cukuplah dengan sebuah perkenalan, diikatkan dengan tali pertunangan dan seterusnya di ijab qabul dengan pernikahan. Kerana syaitan selalu ada untuk menyesatkan umat Adam, maka benda baik jangan diperlambatkan malah harus dipermudahkan dengan cara islam. Maka jadikan doa sebagai senjata semoga semuanya dipermudahkan untuk kita semua.

Moga coretan saya ini memberikan teladan dan pengajaran kepada semua. Yang buruknya datang dari kelemahan diri saya, yang baik datangnya dari Allah swt. Saya memohon maaf sekiranya coretan saya ini ada tersentuh hati mana-mana pihak, niat saya cuma untuk berkongsi apa yang saya pernah lalui dalam kehidupan kita sebagai hambaNya.

Semoga anda semua dalam lindungan dan diberkati Allah swt.

Jika diizinkan, In shaa Allah saya akan update lagi blog kesayangan saya. 


Thanks for reading Sayang :)