Berkahwin dengan orang yang kita cinta merupakan impian. Berkahwin dengan orang yang tak dijangka itu dipanggil jodoh.

My soul

My soul

Saturday, August 01, 2015

Ketentuan Ilahi

Assalamualaikum pembaca yang setia

Moga semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, hari ini saya ada sedikit keluangan masa untuk meng-update ruangan blog kesayangan. Tak tahu mengapa hari ini perasaan saya agak suram, sunyi, sedih, semuanya ada. Berkenaan saya dengan seorang hamba Allah yang saya cintai seikhlas hati, kini berlalu pergi meninggalkan saya. Tiada lagi senyuman bahagia, tiada lagi gurauan senda, semuanya berlalu pergi dengan begitu cepat.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri di atas sebab-sebab tertentu yang saya rasa keputusan ini adalah yang terbaik untuk dia. Agak berat juga hati ini untuk melepaskannya tetapi saya tahu dan saya percaya akan janji Allah swt. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Terlalu banyak benda yang saya belajar, pertemuan kami untuk kali nie banyak beri saya pengajaran, dari erti menghargai, menyayangi, dan menghormati. Walaupun sukar untuk saya mengerti apa sebenarnya jalan yang Allah dah susunkan untuk kita sebagai hamba-Nya.

Tipulah kalau hati tak sedih, tak kecewa, tak patah hati. Saya sangat mencintai dirinya setulus hati saya walaupun dia tak pernah tahu perasaan saya sebenarnya. In shaa Allah, jika dengan izinnya, hati ini akan terus mencintai dirinya, sikit pon saya takkan membenci dia mahupun buang dia dari hidup saya. Kini semuanya hanya tinggal kenangan tetapi saya takkan putus doa, jika dia adalah jodoh saya, maka ia tetap akan jadi pemilik tulang rusuk saya. Tetapi jika Allah putuskan ia bukan jodoh saya, saya kena redha dengan ketentuannya. Belajar menerima setiap perancangan Allah mendidik kita menjadi seorang insan yang sangat tabah. Tak percaya? Cubalah,..

Allah swt itu Maha Mengetahui segalanya. Dia akan beri apa yang kita perlu, bukan beri apa yang kita minta. Walaupun bukan mudah untuk menerima, walaupun hari hari rasa nak menangis, walaupun hari hari rasa nak peluk bantal tak nak bangun dari tidur, hari hari yang mendatang tetap kena teruskan. Sampai bila nak bersedih? Tanya hati. tetapkan dalam hati untuk berfikiran terbuka, sentiasa berfikiran positif, in shaa Allah akan mudah jalannya.

Kalau nak cerita sedih, hari hari tgk handphone, senyap je, tiada lagi mesej dari dia, tiada lagi panggilan dari dia. Bila buka whatsapp, muncung je mulut ermmm takde mesej dari dia, lagilah sedih bila fikir itu ini. Rindu teramat sangat tetapi apa boleh buat? Banyakkan bersabar, muhasabah diri, perbaiki diri ke arah yang lebih baik,.. Mohon agar semuanya dipermudahkan buat kita semua.

Amin ya rabb,..

Yang amat merinduimu, BZ

In shaa Allah, jika diberi keizinan, Cik Shin akan update lagi ya.

Bersambung,..
Thanks for reading Sayang :)